Janna Nick Bakal Lancar Dua Single

2017-10-12  |   VIRAL DAN TRENDING



 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick bakal tampil dengan dua single, solo dan duet sekali gus pada November depan.

 

Jelas Janna, dia bakal berduet dengan pelakon, Alvin Chong dalam satu single baharu yang juga runut bunyi bagi dramanya, Coffee Prince.

sponsored google

 

Katanya, single solo keduanya juga merupakan runut bunyi bagi drama tersebut dan mendapat sentuhan rakan penyanyi, Hael Husaini.

 

“Ramai peminat tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu. Sudah alang-alang, saya lancarkan terus dua lagu sekali gus.

 

sponsored google

“Memang sibuk dengan komitmen sebagai pelakon dan duta produk tetapi saya perlu pandai membahagi masa dan tenaga. Usia muda lagi, kan,” katanya.

 

Janna ditemui semasa majlis pengumuman duta produk kecantikan, Cassandra di sini hari ini.

 

 


Untung dengan share artikel sahaja! klik sini register sekarang!
Tidak perlu kos. Sehari share 2-3 jam boleh untung sebanyak RM 600 sebulan.

sponsored

Anda mungkin suka

sponsored


sponsored



loading...