Wanita Baru Tak Buat Jalaluddin Lupa Arwah Isteri

2017-10-12  |   VIRAL DAN TRENDING



 

Memang semua orang pernah atau bakal merasai keperitan jiwa akibat kehilangan orang tersayang.

 

sponsored google

Justeru Datuk Jalaluddin Hassan berharap tidak wajar dirinya diadili terlalu mudah kerana tidak semua orang boleh memahami situasi dialaminya.

 

Pelakon terkenal itu berkata ada pihak menganggapnya terlalu mudah melupakan isteri, Datin Hasimah Mad Ehsan, yang meninggal dunia tidak sampai setahun lalu selepas meluahkan hasrat ingin menikahi ibu tunggal beranak empat baru-baru ini.

 

Namun, Jalaluddin yang juga pengacara popular itu menegaskan, dia bukanlah lelaki cepat berubah. Sebaliknya, kata Jalaluddin wajah dan kenangan bersama arwah isteri itu masih lagi kuat ‘bersarang’ di hatinya.

sponsored google

 

“Saya yang hidup lebih 40 tahun bersama arwah, yang merasai kehilangan itu – saya. Kalau boleh, saya ingin selama-lamanya hidup bersama dia.

 

“Memang saya tidak sesekali mampu melupakan segala pahit manis bersama dia, dan kasih sayang pernah dicurahkan kepadanya. Jangan hakimi saya,” katanya kepada Malaysiakini.

 

Hasimah meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan paru-paru berair.

 

sponsored google

Sebelas bulan kemudian Jalaluddin dikhabarkan mahu membina rumah tangga sekali lagi dengan seorang ibu tunggal yang juga ahli jawatankuasa sebuah masjid.

 

Antara ciri-ciri yang membuatkan Jalaluddin, 63, terpaut hati pada wanita berkenaan adalah kecekalannya membesarkan anak walaupun bersendirian, dan semangat itu jugalah yang ada pada arwah isterinya ketika dia bersengkang mata menjaga ibu yang sakit.

 

Bukan tanggal 25

Sebenarnya, Jalaluddin agak keberatan untuk berkongsi kisahnya dengan wanita berusia 44 tahun berasal dari Melaka itu, namun selepas dipujuk wartawan, beliau akhirnya bersetuju

 

sponsored adnow
loading...

Ketika itu, Jalaluddin diwawancara mengenai pembabitannya sebagai seorang daripada pelakon membarisi teater Bahara Emas anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

 

Pementasan teater itu bakal diadakan selama empat hari berturut-turut mulai 19 Oktober ini di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

 

Menurut Jalaluddin, dia hanya membuka pintu hatinya semula untuk berkenalan dengan seseorang hasil saranan bapanya Tan Sri Hassan Azhari, 89.

 

“Abuya (gelaran diberikan kepada bapanya) insan terpenting kerana dia mengubat dan menjadi penenang saya ketika berdepan situasi sedih kehilangan isteri.

 

“Dia selalu menasihati saya supaya cari pengganti, jangan hidup seorang diri, selain memberitahu saya harus reda untuk meneruskan hidup ini,” katanya.

sponsored adnow
loading...

 

Dalam pada itu, Jalaluddin turut menyangkal desas-desus terbaru kononnya dia bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 November depan kerana tanggal “25” itu sentiasa membuat dia teringat kepada arwah Hasimah.

 

Jalaluddin turut berkata sebarang majlis berkaitan penikahannya hanya akan dilakukan selepas setahun detik pemergian isterinya berlalu.

 

“Tarikh 25 itu sering mengingatkan kenangan sewaktu bersama arwah kerana kami diijabkabulkan pada 25 Disember.

 

“Selepas dinasihatkan bapa dan ipar duai, memang tanggal 25 tidak akan menjadi tarikh sebarang perkahwinan,” katanya.

sponsored adnow
loading...

 

 


Untung dengan share artikel sahaja! klik sini register sekarang!
Tidak perlu kos. Sehari share 2-3 jam boleh untung sebanyak RM 600 sebulan.

sponsored

Anda mungkin suka

sponsored


sponsored



loading...